Wednesday, July 1, 2015

Ulasan Surah AR-RAD



Surah 13: 
 
AR-RA’D (guruh),

Surah Ar-Ra’d  ini terdiri atas 43 ayat termasuk golongan surah-surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan “Ar-Ra’d” yang bererti “guruh” kerana dalam ayat 13 Allah berfirman yang ertinya “Dan guruh itu bertasbih sambil memuji Nya”, menunjukkan sifat  kesucian dan kesempurnaan Allah s.a.w.  Dan lagi sesuai dengan sifat Al-Quran yang mengandung ancaman dan harapan, maka demikian pulalah hal nya bunyi guruh itu menimbulkan kecemasan dan harapan kepada manusia.  Isi yang terpenting dari surah ini ialah bahawa bimbingan Allah kepada makhluk Nya bertalian erat dengan hukum sebab dan akibat.  Bagi Allah s.a.w.  tidak ada pilih kasih dalam menetapkan hukuman.  Balasan atau hukuman adalah akibat dari ketaatan atau keingkaran terhadap hukum Allah.

.
.
Sumber 1;
Khatam terjemahan ayat-ayat Ar-Rad (1-43),

Sumber 2;

Surah YUSUF



Surah 12: 
 
YUSUF,

Surah Yusuf ini terdiri atas 111 ayat, termasuk golongan surah-surah Makiyyah kerana  diturunkan  di Mekah sebelum Hijrah, surah ini dinamakan surah Yusuf adalah kerana titik berat dari isi nya mengenai riwayat Nabi Yusuf a.s.  Riwayat tersebut salah satu diantara cerita-cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.  sebagai mujizat bagi beliau, sedang beliau sebelum diturunkan surah ini tidak mengetahui nya.  Menurut riwayat Al-Baihaqi  dalam kitab “Ad-Dalail” bahawa segolongan orang Yahudi masuk agama Islam sesudah mereka mendengar cerita Yusuf a.s. ini, kerana sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui.

Dari cerita Yusuf a.s. ini, Nabi Muhammad s.a.w, mengambil pelajaran-pelajaran yang banyak dan merupakan penghibur terhadap belau dalam menjalankan tugasnya.


Khatam terjemahan ayat-ayat Yusof (101-111), 

Sumber;